BlackBerry Z10 - Menghalang akses kepada data di peranti anda ketika mengecas

background image

Menghalang akses kepada data di peranti anda ketika mengecas

Ciri Mod Cas Sahaja direka untuk menghalang akses kepada data di peranti BlackBerry anda apabila menggunakan kabel
USB untuk mengecas peranti anda. Ciri ini berguna jika anda sering berjalan dan mengecas peranti anda di stesen
pengecasan awam.

1.

Pada skrin utama, leret ke bawah dari bahagian atas skrin.

2.

Ketik

Tetapan > Rangkaian dan Sambungan > USB.

3.

Hidupkan suis Mod Cas Sahaja.