Memilih teks menggunakan Papan Kekunci BlackBerry
Papan Kekunci BlackBerry menyediakan beberapa cara untuk menyerlahkan dan memilih teks.
Panduan Pengguna
Tetapan
176
1.
Serlahkan teks yang anda ingin pilih:
• Pada skrin, sentuh dan tahan perkataan.
2.
Untuk mengembangkan pemilihan teks, lakukan salah satu perkara berikut:
• Untuk memilih lebih banyak teks secara automatik, terus sentuh dan tahan teks di skrin. Pilihan anda
mengembang daripada perkataan kepada ayat, dan daripada ayat kepada perenggan selama mana anda
menahan.
• Ketik
untuk mengembangkan pemilihan kepada perkataan.
• Ketik
untuk mengembangkan pemilihan kepada seluruh perenggan.
• Untuk memilih lebih banyak teks yang diterbitkan, seperti dalam pelayar atau fail PDF, gerakkan pemegang
penunjuk kursor untuk menyerlahkan seluruh bahagian teks.
• Untuk memilih lebih banyak teks dalam editor teks, seperti mesej e-mel, letakkan kursor pada permulaan teks
yang anda ingin pilih. Sentuh dan tahan
dan seret bulatan kepentingan di skrin untuk menyerlahkan seluruh
bahagian teks.
Untuk menolak pilihan, ketik di mana sahaja di atas skrin.