Tukar di mana cadangan perkataan dipaparkan
Secara lalainya, cadangan perkataan dipaparkan pada Papan Kekunci BlackBerry supaya anda tidak perlu melihat ke atas
di mana anda menaip untuk melihat cadangan. Jika anda menghadapi kesukaran untuk memilih cadangan atau anda
dapati Papan Kekunci kelihatan berserak, anda boleh menetapkan cadangan untuk dipaparkan di atas Papan Kekunci.
1.
Pada skrin utama, leret ke bawah dari bahagian atas skrin.
2.
Ketik
Tetapan > Bahasa dan Input > Ramalan dan Pembetulan.
3.
Dalam senarai juntai bawah Mod Potret dan Mod Landskap, pilih cara cadangan perkataan dipaparkan.
• Untuk memaparkan cadangan perkataan di atas Papan Kekunci, ketik Dalam Lajur.
• Untuk memaparkan cadangan perkataan pada Papan Kekunci, ketik Dalam Huruf.
Panduan Pengguna
Tetapan
178
• Untuk mematikan cadangan perkataan, ketik Mati.
Apabila anda menetapkan cadangan perkataan untuk dipaparkan di atas Papan Kekunci anda, anda boleh menggunakan
cadangan dengan menguis ke atas dari mana-mana tempat di bawah perkataan yang ingin anda gunakan.