BlackBerry Z10 - Penyelesaian masalah: BlackBerry Link

background image

Penyelesaian masalah: BlackBerry Link

Saya tidak dapat mengakses fail pada komputer saya

Untuk mengakses fail komputer anda menggunakan peranti BlackBerry anda, BlackBerry Link mesti dibuka di komputer
yang disambungkan ke Internet.
Jika anda tidak melihat komputer anda sebagai sumber dalam aplikasi Pengurus Fail, cuba yang berikut:

1. Meminimumkan aplikasi Pengurus Fail dan mengesahkan bahawa anda tidak melihat

pada aplikasi. Jika anda

melihat ikon ini, gunakan aplikasi Pengurus Fail dalam ruang peribadi anda.

2. Pada skrin utama, leret ke bawah dari bahagian atas skrin.
3. Sahkan bahawa peranti anda telah disambungkan ke rangkaian wayarles.
4. Ketik

Tetapan.

5. Lakukan perkara berikut:

• Dalam bahagian BlackBerry ID, sahkan bahawa anda didaftar masuk menggunakan BlackBerry ID yang sama

seperti komputer anda.

• Jika peranti anda disambungkan ke rangkaian mudah alih dan bukannya rangkaian Wi-Fi, dalam bahagian

Sambungan Peranti, hidupkan suis Gunakan Rangkaian Mudah Alih.

• Dalam bahagian Sambungan Peranti, sahkan bahawa suis Benarkan Sambungan dihidupkan.

Jika anda masih tidak dapat melihat fail komputer anda, cuba salah satu perkara berikut daripada komputer anda:

• Sahkan bahawa komputer anda dihidupkan dan tidak berada dalam mod tidur.
• Sahkan bahawa komputer anda mempunyai sambungan Internet yang aktif.
• Sahkan bahawa anda didaftar masuk ke BlackBerry ID dalam BlackBerry Link.
• Sahkan bahawa fail yang ingin anda akses berada di lokasi yang dinyatakan dalam BlackBerry Link.

Panduan Pengguna

Tetapan

222

background image

• Sesetengah rangkaian kerja atau awam mungkin menghalang anda daripada mengakses fail anda pada peranti anda.

Cuba menyambung ke rangkaian lain dan cuba lagi.

Saya tidak nampak saya peranti dalam BlackBerry Link

Pada peranti anda, cuba yang berikut:

• Leret ke bawah dari bahagian atas skrin. Ketik

Tetapan. Dalam bahagian BlackBerry ID, sahkan bahawa anda

didaftar masuk menggunakan BlackBerry ID yang sama seperti komputer anda.

• Jika peranti anda disambungkan ke rangkaian mudah alih dan bukannya rangkaian Wi-Fi, dalam bahagian Sambungan

Peranti, hidupkan suis Gunakan Rangkaian Mudah Alih.

• Dalam bahagian Sambungan Peranti, sahkan bahawa suis Benarkan Sambungan dihidupkan.

Pada komputer anda, cuba yang berikut:

• Matikan aplikasi penyegerakan atau aplikasi antivirus buat sementara.
• Daftar keluar dari BlackBerry Link dan daftar masuk semula.
• Tetapkan semula nama pengguna dan kata laluan BlackBerry ID anda di

www.blackberry.com/bbid

.

• Jika anda menggunakan perisian antivirus di komputer anda, pastikan tembok api tidak menyekat sambungan anda ke

BlackBerry Link.

Saya tidak boleh mencipta fail sandaran yang mengandungi semua data

peranti saya

Cuba perkara berikut:

• Sambungkan peranti BlackBerry anda ke komputer menggunakan kabel USB. Saya tidak boleh mencipta fail sandaran

bagi data peranti saya melalui rangkaian Wi-Fi.

• Pada peranti anda, sahkan bahawa anda mendaftar masuk ke BlackBerry ID anda. Jika anda tidak mendaftar masuk,

BlackBerry Link tidak boleh menyandarkan data dalam ruang peribadi anda.

• Sahkan yang anda memasukkan kata laluan pada peranti anda untuk membuka ruang kerja anda. BlackBerry Link

tidak boleh menyandarkan data dalam ruang kerja anda jika ruang kerja anda dikunci.

• Jika peranti anda diaktifkan pada BlackBerry Enterprise Service 10, sahkan dengan pentadbir anda bahawa anda

boleh memulihkan data ke peranti anda.

Saya tidak boleh memulihkan fail sandaran ke peranti saya

Cuba perkara berikut:

• Sambungkan peranti BlackBerry anda ke komputer menggunakan kabel USB. Anda tidak boleh memulihkan data ke

peranti anda melalui rangkaian Wi-Fi.

• Pada peranti anda, sahkan bahawa anda mendaftar masuk ke BlackBerry ID anda di peranti anda. Jika anda tidak

mendaftar masuk, BlackBerry Link tidak boleh memulihkan data ke ruang peribadi anda.

Panduan Pengguna

Tetapan

223

background image

• Sahkan bahawa BlackBerry ID yang sama digunakan pada peranti untuk mencipta fail sandaran yang digunakan pada

peranti yang anda cuba pulihkan fail sandaran. Pada peranti anda, cuba daftar masuk ke BlackBerry ID yang dikaitkan
dengan fail sandaran.

• Jika peranti anda diaktifkan pada BlackBerry Enterprise Service 10, sahkan yang anda memasukkan kata laluan pada

peranti anda untuk membuka ruang kerja anda. BlackBerry Link tidak boleh memulihkan data dalam ruang kerja anda
jika ruang kerja anda dikunci.

• Jika peranti anda diaktifkan pada BlackBerry Enterprise Service 10, sahkan dengan pentadbir anda bahawa anda

boleh memulihkan data ke peranti anda.

Panduan Pengguna

Tetapan

224