Hidupkan mod Skrin Gelap menggunakan tetapan peranti
Jika anda menggunakan BlackBerry Screen Reader, anda boleh meningkatkan privasi dan menjimatkan hayat bateri
dengan mematikan lampu latar skrin dan menggunakan mod Skrin Gelap.
1.
Pada skrin utama, leret ke bawah dari bahagian atas skrin.
2.
Ketik Tetapan
untuk menetapkan titik berkaitan. Kemudian, dwiketik untuk mengaktifkan menu Tetapan.
3.
Ketik Kebolehcapaian untuk menetapkan titik berkaitan. Kemudian, dwiketik untuk mengaktifkan pilihan
Kebolehcapaian.
4.
Ketik Pembaca Skrin untuk menetapkan titik berkaitan. Kemudian, dwiketik untuk mengaktifkan pilihan Pembaca
Skrin.
5.
Ketik Mod Skrin Gelap untuk menetapkan titik berkaitan. Kemudian, dwiketik untuk mengaktifkan pilihan Mod Skrin
Gelap.
6.
Tutup tetapan BlackBerry Screen Reader dengan salah satu cara yang berikut:
• Leret ke atas dari bahagian bawah skrin untuk meminimumkan skrin. Jika peranti anda mempunyai trackpad,
cuba elakkan dari menyentuhnya semasa anda meleret ke atas untuk membuka kunci skrin. Leret ke atas dari
sebelah kiri atau kanan trackpad. Dengan titik berkaitan pada aplikasi diminimumkan, dwiketik dengan dua jari
untuk menutup aplikasi.
• Dwiketik
di penjuru kiri bawah skrin untuk kembali ke skrin Kebolehcapaian. Ketik
di penjuru kiri bawah
skrin sekali lagi untuk kembali ke skrin Tetapan Sistem. Dengan titik berkaitan pada aplikasi diminimumkan,
dwiketik dengan dua jari untuk menutup aplikasi.
Panduan Pengguna
Tetapan
199