BlackBerry Z10 - Menghidupkan BlackBerry Screen Reader

background image

Menghidupkan BlackBerry Screen Reader

BlackBerry Screen Reader adalah ciri teks kepada pertuturan (TTS) di peranti BlackBerry anda. Pada kali pertama anda
menghidupkan BlackBerry Screen Reader, aplikasi Bantuan secara automatik dibuka untuk membantu anda untuk
mengetahui tentang gerak isyarat yang anda boleh gunakan.

1.

Untuk menghidupkan BlackBerry Screen Reader, tekan tiga kali kekunci Kuasa/Kunci.

2.

Untuk mematikan BlackBerry Screen Reader, tekan tiga kali kekunci Kuasa/Kunci sekali lagi.

Petua: Anda boleh menetapkan peranti anda agar hanya menghidupkan BlackBerry Screen Reader daripada tetapan
peranti. Jika anda tidak bercadang untuk menggunakan ciri ini, anda boleh mematikan pilihan Dayakan menggunakan
tiga kali ketik selepas anda melengkapkan persediaan awal peranti dalam Tetapan > Kebolehcapaian > Pembaca Skrin.