Laraskan kelantangan, kelajuan dan pic menggunakan tetapan peranti
1.
Pada skrin utama, leret ke bawah dari bahagian atas skrin.
2.
Ketik Tetapan
untuk menetapkan titik berkaitan. Kemudian, dwiketik untuk mengaktifkan menu Tetapan.
3.
Ketik Kebolehcapaian untuk menetapkan titik berkaitan. Kemudian, dwiketik untuk mengaktifkan pilihan
Kebolehcapaian.
4.
Ketik Pembaca Skrin untuk menetapkan titik berkaitan. Kemudian, dwiketik untuk mengaktifkan pilihan Pembaca
Skrin.
5.
Lakukan mana-mana perkara berikut:
• Leret ke atas dengan satu jari untuk menambah kelantangan. Leret ke bawah dengan satu jari untuk
mengurangkan kelantangan.
• Dwiketik pada Pic untuk menetapkan titik berkaitan. Leret ke atas dengan satu jari untuk menaikkan nilai
gelangsar Pic. Leret ke bawah dengan satu jari untuk menurunkan nilai gelangsar Pic.
• Dwiketik pada Kelajuan untuk menetapkan titik berkaitan. Kuis ke atas dengan satu jari untuk menaikkan
kelajuan.
6.
Tutup tetapan BlackBerry Screen Reader dengan salah satu cara yang berikut:
Panduan Pengguna
Tetapan
200
• Leret ke atas dari bahagian bawah skrin untuk meminimumkan skrin. Jika peranti anda mempunyai trackpad,
cuba elakkan dari menyentuhnya semasa anda meleret ke atas untuk membuka kunci skrin. Leret ke atas dari
sebelah kiri atau kanan trackpad. Dengan titik berkaitan pada aplikasi diminimumkan, dwiketik dengan dua jari
untuk menutup aplikasi.
• Ketik
di penjuru kiri bawah skrin untuk menetapkan titik berkaitan. Kemudian, dwiketik
di penjuru kiri
bawah skrin untuk kembali ke skrin Kebolehcapaian. Ketik
di penjuru kiri bawah skrin untuk menetapkan titik
berkaitan. Kemudian ketik
di penjuru kiri bawah skrin sekali lagi untuk kembali ke skrin Tetapan Sistem.
Dengan titik berkaitan pada aplikasi diminimumkan, dwiketik dengan dua jari untuk menutup aplikasi.