BlackBerry Z10 - Laraskan kelantangan, kelajuan dan pic menggunakan gerak isyarat

background image

Laraskan kelantangan, kelajuan dan pic menggunakan gerak isyarat

Anda mungkin ingin meningkatkan kelajuan BlackBerry Screen Reader semasa anda melayari Internet atau
memperlahankannya semasa anda menerima arahan. Anda boleh menambah kelantangan semasa anda berada di luar
atau mengurangkannya semasa anda berada di rumah atau di tempat yang agak senyap. Anda juga mungkin ingin
melaraskan pic. BlackBerry Screen Reader membolehkan anda melaraskan kelantangan, kelajuan dan pic untuk
memberikan pengalaman yang diperibadikan untuk sebarang situasi.
Apabila BlackBerry Screen Reader hidup, anda boleh menggunakan gerak isyarat untuk menyelesaikan tugas.

1.

Apabila anda telah menghidupkan BlackBerry Screen Reader, Ketik skrin dengan satu jari untuk membuka tetapan

BlackBerry Screen Reader.

2.

Ketik medan Pic dengan satu jari untuk menetapkan titik berkaitan. Leret ke atas dengan satu jari untuk menaikkan

nilai gelangsar Pic. Leret ke bawah dengan satu jari untuk menurunkan nilai gelangsar Pic.

3.

Leret ke bawah dan ke kanan dengan satu jari untuk mengakses mod Tugas Pantas.

4.

Lakukan mana-mana perkara berikut:
• Leret ke atas dengan satu jari untuk menambah kelantangan. Leret ke bawah dengan satu jari untuk

mengurangkan kelantangan.

• Leret ke kiri dengan satu jari untuk mengurangkan kadar pertuturan. Leret ke kanan dengan satu jari untuk

menambah kadar pertuturan.

Selepas tiga saat, peranti anda menutup Mod Tugas Pantas.