BlackBerry Z10 - Memantau hayat bateri, penggunaan memori, penggunaan CPU dan ruang storan pada peranti anda

background image

penggunaan CPU dan ruang storan pada peranti anda

Anda boleh menyemak baki masa dan kuasa bateri yang tinggal, jumlah memori peranti yang digunakan, dan baki ruang
storan yang ada. Anda juga boleh memantau aplikasi dan perkhidmatan yang paling banyak menggunakan kuasa bateri,
memori peranti, ruang storan atau sumber CPU, dan anda boleh menutup atau memadam beberapa aplikasi bagi
membantu menjimatkan kuasa bateri atau meningkatkan prestasi peranti.

1.

Pada skrin utama, leret ke bawah dari bahagian atas skrin.

2.

Ketik

Tetapan > Pengurus Aplikasi > Pemantau Peranti.

3.

Untuk memantau pelbagai jenis statistik peranti, ketik

.

4.

Ketik jenis statistik.

Petua: Pada skrin Bateri dan CPU, anda boleh melihat statistik peranti dan penggunaan dari jangka masa yang berbeza.
Untuk menukar jangka masa bagi statistik di skrin Bateri atau CPU, di bahagian atas skrin, ketik

. Ketik jangka masa.

Lihat statistik bateri dan penggunaan untuk aplikasi atau perkhidmatan

tertentu

1.

Pada skrin utama, leret ke bawah dari bahagian atas skrin.

2.

Ketik

Tetapan > Pengurus Aplikasi > Pemantau Peranti.

3.

Ketik aplikasi atau perkhidmatan.

Tutup atau padam aplikasi daripada skrin Pemantau Peranti

Jika anda dapati aplikasi yang terbuka menggunakan banyak kuasa bateri, memori peranti atau sumber CPU, anda boleh
menutup dan menamatkan semua proses yang berkaitan dengan aplikasi tersebut. Anda juga boleh memadam beberapa
aplikasi selama-lamanya daripada skrin Pemantau Peranti. Sesetengah aplikasi mesti dipasang dan dibuka sepanjang
masa, jadi ia tidak boleh ditutup atau dipadam.

Panduan Pengguna

Tetapan

141

background image

1.

Pada skrin utama, leret ke bawah dari bahagian atas skrin.

2.

Ketik

Tetapan > Pengurus Aplikasi > Pemantau Peranti.

3.

Ketik aplikasi.

4.

Lakukan salah satu perkara berikut:

• Untuk menutup aplikasi, ketik

.

• Untuk memadam aplikasi selama-lamanya, ketik

.