BlackBerry Z10 - Tukar bahasa papan kekunci anda

background image

Tukar bahasa papan kekunci anda

Anda mesti menyediakan lebih banyak bahasa papan kekunci sebelum anda boleh bertukar antara bahasa. Jika anda
menyediakan berbilang bahasa yang menggunakan reka letak papan kekunci yang sama (seperti QWERTY, AZERTY atau
QUERTZ), peranti BlackBerry anda secara automatik mengesan perkataan dalam setiap bahasa.

1.

Pada permulaan baris teks yang baru, ketik

.

2.

Ketik bahasa yang anda ingin gunakan untuk menaip pada Papan Kekunci BlackBerry anda.

Jika anda menyediakan dua bahasa yang menggunakan reka letak papan kekunci yang berbeza, bahasa dan reka letak
papan kekunci lalai secara automatik bertukar kepada reka letak yang lain. Jika anda menyediakan tiga bahasa yang
menggunakan reka letak papan kekunci yang berbeza, peranti anda secara automatik mengitar kepada bahasa seterusnya
dalam senarai yang mempunyai reka letak papan kekunci lalai yang berbeza. Dalam kedua-dua kes, peranti anda
mengecam perkataan daripada semua bahasa papan kekunci yang anda sediakan.