Memindahkan maklumat kenalan menggunakan kad
SIM
Peranti BlackBerry 10 menggunakan sama ada kad SIM mikro atau kad SIM nano. Anda boleh menggunakan kaedah ini
jika anda bertukar daripada BlackBerry 10 yang lain yang menggunakan saiz kad SIM yang sama.
1.
Pada peranti lama anda, ketik Kenalan.
2.
Leret ke bawah dari bahagian atas skrin.
3.
Ketik
.
4.
Di bawah Kad SIM, ketik Salin Kenalan daripada Peranti ke Kad SIM.
5.
Apabila kenalan anda disalin ke kad SIM anda, keluarkan kad SIM dan masukkannya ke dalam peranti baru anda.
6.
Pada peranti baru anda, ketik Kenalan.
7.
Leret ke bawah dari bahagian atas skrin.
8.
Ketik
.
9.
Di bawah Kad SIM, ketik Import Kenalan daripada Kad SIM.
Nota: Jika anda telah memasang BlackBerry Balance di peranti anda, maklumat kenalan yang disimpan dalam ruang kerja
anda mungkin tidak disalin ke kad SIM anda.
Panduan Pengguna
Persediaan dan asas
39