Menukar tetapan cerita anda
1.
Dalam BlackBerry Story Maker, ketik cerita.
2.
Ketika cerita dimainkan, ketik skrin.
3.
Ketik
>
.
4.
Lakukan mana-mana perkara berikut:
• Untuk mengeluarkan tajuk dan penghargaan daripada cerita anda, matikan suis Tajuk dan Penghargaan.
• Untuk mengeluarkan kolaj daripada cerita anda, matikan suis Atur Gambar dalam Kolaj.
• Untuk mengatur gambar dan video dalam susunan kronologi, matikan suis Susun Semula Media Secara
Automatik.
• Untuk menyimpan kepanjangan video yang dirakam, matikan suis Pangkas Video Secara Automatik.
• Untuk melaraskan panjang cerita secara automatik agar sepadan dengan muzik yang anda pilih, hidupkan suis
Laraskan Kepanjangan Cerita dengan Muzik.
Nota: Jika suis tidak tersedia, ia bermakna tema yang sedang digunakan dalam cerita anda tidak menyokong tetapan
tersebut atau cerita tidak mengandungi sebarang media yang terlibat dengan tetapan tersebut. Contohnya, jika cerita
anda mengandungi video, suis Atur Gambar dalam Kolaj tidak tersedia.
Panduan Pengguna
Media
130