BlackBerry Z10 - Apa yang perlu dilakukan jika peranti anda hilang atau dicuri

background image

Apa yang perlu dilakukan jika peranti anda

hilang atau dicuri

Jika anda sudah menyediakan BlackBerry Protect pada peranti BlackBerry, lawat

http://protect.blackberry.com

dan daftar

masuk dengan BlackBerry ID anda. Daripada laman web BlackBerry Protect, anda boleh:

• Mengunci peranti anda dan menukar kata laluan peranti anda
• Menambah mesej pada skrin utama peranti anda
• Melihat lokasi peranti anda pada peta.
• Memadam semua data pada peranti anda.
• Benderakan peranti sebagai dicuri

Jika peranti anda tidak disambungkan ke rangkaian wayarles, atau jika perkhidmatan data dimatikan, anda masih perlu
cuba mengunci peranti anda dan memadam data anda dengan menggunakan laman web BlackBerry Protect. Apabila
peranti anda disambung lagi ke rangkaian wayarles atau perkhidmatan data dihidupkan, peranti anda direka untuk
mengunci dan memadam semua data.
Jika anda belum menyediakan BlackBerry Protect pada peranti anda, hubungi pembekal perkhidmatan atau pentadbir
anda dan laporkan peranti anda sebagai hilang atau dicuri. Pembekal perkhidmatan atau pentadbir anda mempunyai
keupayaan untuk mengunci peranti dan memadam data anda dari jauh.

Panduan Pengguna

Keselamatan dan sandaran

303