Tukar alamat e-mel atau kalendar lalai anda
Apabila anda berkongsi sesuatu (contohnya, gambar atau tapak web) melalui e-mel atau apabila anda mengarang e-mel
baru, peranti BlackBerry anda menghantar e-mel dari alamat e-mel lalai anda. Apabila anda menambahkan acara pada
kalendar anda atau menghantar jemputan mesyuarat, peranti anda menambahkan acara itu pada kalendar lalai anda.
1.
Pada skrin utama, leret ke bawah dari bahagian atas skrin.
2.
Ketik
Tetapan > Akaun.
3.
Ketik
.
• Untuk menukar akaun lalai yang digunakan untuk menghantar e-mel, ketik akaun dalam senarai juntai bawah
Alamat E-mel.
• Untuk menukar kalendar lalai yang anda tambahkan acara dan hantarkan jemputan mesyuarat, ketik kalendar
dalam senarai juntai bawah Kalendar.