Menukar pilihan untuk mesej teks
Dalam BlackBerry Hub, ketik
>
> Mesej Teks.
• Untuk menerima pemberitahuan apabila mesej teks anda dihantar atau dibaca, di bawah SMS atau MMS, hidupkan
suis Sahkan Penghantaran atau suis Sahkan Dibaca.
• Untuk membenarkan peranti lain melihat apabila anda menerima atau membaca mesej teks dengan lampiran, di
bawah MMS, hidupkan suis Benarkan Pengesahan Penghantaran atau suis Benarkan Pengesahan Dibaca.
• Untuk menyekat mesej MMS yang tidak diingini, di bawah MMS, hidupkan suis Tolak Mesej Tanpa Nama atau suis
Tolak Iklan.
• Untuk berhenti menerima mesej MMS semasa perayauan, di bawah MMS, dalam senarai juntai bawah Mod Auto
Dapatkan Semula, ketik Rumah Sahaja.
• Untuk menyahdayakan penggantian perkataan, matikan suis Dayakan Penggantian Kata.
• Untuk hanya menghantar mesej teks apabila anda mengetik ikon hantar, matikan suis Gunakan Kekunci Enter Untuk
Menghantar.
• Untuk menukar warna latar belakang perbualan mesej teks, hidupkan atau matikan suis Latar Hitam.