Buat tag pintar anda sendiri
Ciri NFC mungkin tidak tersedia, bergantung pada pembekal perkhidmatan wayarles anda, tetapan pentadbir anda dan
model peranti BlackBerry anda.
Anda boleh membuat tag pintar anda sendiri untuk dikongsi dengan peranti lain, disimpan pada tag NFC atau dipaparkan
sebagai QR Code.
1.
Dalam aplikasi Tag Pintar, ketik
.
2.
Ketik jenis tag.
3.
Dalam medan yang muncul pada skrin, masukkan maklumat yang perlu.
Petua: Anda boleh mengumpulkan berbilang tag bersama-sama. Tekan terus tag sedia ada. Ketik Tambah. Ulangi
Langkah 2 dan 3 untuk mencipta tag.
Panduan Pengguna
Aplikasi dan ciri
273
Jenis tag pintar
Web
Gunakan untuk membuat tag pintar yang, apabila dibuka, membawa anda ke halaman web.
Pemicu Pintar
Digunakan untuk mencipta tag pintar di mana, apabila ditulis pada tag NFC dan kemudian diketuk, boleh memicu
pelbagai tetapan pada peranti BlackBerry anda.
Wi-Fi
Digunakan untuk mencipta tag pintar di mana, apabila ditulis pada tag NFC dan kemudian diketuk, akan
menyambung peranti anda ke rangkaian Wi-Fi yang ditentukan.
Bluetooth
Digunakan untuk mencipta tag pintar di mana, apabila ditulis pada tag NFC dan kemudian diketuk, menjadikan
peranti anda berpasangan dengan peranti didayakan Bluetooth yang ditentukan.
Kenalan
Digunakan untuk mencipta tag pintar di mana, apabila dibuka, menambah maklumat kenalan dalam aplikasi
Kenalan.
Acara
Digunakan untuk mencipta tag pintar di mana, apabila dibuka, mencipta janji temu dalam aplikasi Kalendar.
Digunakan untuk mencipta tag pintar di mana, apabila dibuka, akan membawa anda ke profil Facebook anda
dalam Pelayar.
Digunakan untuk mencipta tag pintar di mana, apabila dibuka, akan membawa anda ke profil Twitter anda dalam
Pelayar.
Digunakan untuk mencipta tag pintar di mana, apabila dibuka, akan membawa anda ke profil LinkedIn anda dalam
Pelayar.
Geolokasi
Digunakan untuk mencipta tag pintar di mana, apabila dibuka, mencari arah dalam aplikasi Peta.
Telefon
Gunakan untuk membuat tag pintar yang, apabila dibuka, memanggil nombor telefon.
E-mel
Gunakan untuk membuat tag pintar yang, apabila dibuka, mengarang e-mel. Apabila anda membuat tag, anda
boleh mengisi medan Subjek dan Mesej untuk mengisi lebih dahulu medan ini apabila tag dibuka atau anda boleh
membiarkan medan ini kosong.
SMS
Panduan Pengguna
Aplikasi dan ciri
274
Digunakan untuk mencipta tag pintar di mana, apabila dibuka, ia mengarang mesej teks (SMS atau MMS). Apabila
anda mencipta tag, anda boleh mengisi medan Mesej untuk mengisi lebih dahulu medan ini apabila tag dibuka
atau anda boleh membiarkan medan ini kosong.
Teks
Gunakan untuk membuat tag pintar yang memaparkan mesej.
Lain-lain
Gunakan untuk membuat tag pintar yang mengenal pasti sumber dengan menggunakan URI (Pengecam Sumber
Sejagat) anda sendiri. Contohnya, jika anda membuat aplikasi anda sendiri untuk peranti BlackBerry, anda boleh
menggunakan jenis tag ini bagi membuat tag pintar untuk aplikasi anda.