Penyelesaian masalah: Aplikasi Kalendar
Saya tidak dapat menyegerakkan kalendar saya
Cuba perkara berikut:
• Jika kalendar anda dikaitkan dengan salah satu akaun anda (contohnya, kalendar Gmail anda), semak untuk
memastikan penyegerakan untuk kalendar dihidupkan.Ketik Pada skrin utama, leret ke bawah dari bahagian atas
skrin.
> Akaun. Ketik akaun. Semak untuk memastikan suis Segerakkan Kalendar dihidupkan.
• Jika kalendar disimpan pada komputer anda dalam Microsoft Outlook atau Apple iCal, cuba gunakan BlackBerry Link
untuk menyegerakkan maklumat kalendar pada komputer anda dengan peranti BlackBerry anda. Untuk maklumat
selanjutnya, lihat bantuan BlackBerry Link.
• Jika kalendar anda masih tidak disegerakkan, cuba mengalih keluar dan menambah semula akaun yang dikaitkan
dengan kalendar itu.
Saya tidak dapat membalas atau menghantar jemputan mesyuarat
Semak untuk memastikan anda telah menambahkan akaun e-mel yang mempunyai kalendar yang disepadukan.
Sesetengah akaun mungkin tidak menyertakan ciri kalendar.
Acara baru atau yang dikemas kini tidak muncul dalam kalendar saya
Anda mungkin perlu menyegarkan semula kalendar anda. Dalam aplikasi Kalendar, ketik
>
.
Saya mempunyai entri duplikasi kalendar
Jika anda mengimport entri kalendar menggunakan BlackBerry Link, anda mungkin melihat duplikasi entri di peranti anda
selepas menyegerakkan peranti dan komputer anda.
Anda boleh mengalih keluar duplikasi dengan memadam duplikasi dalam buku alamat anda atau dengan mengosongkan
data setempat anda pada peranti anda.
Untuk mengalih keluar entri duplikasi kalendar dengan memadamkan data peranti setempat anda, lakukan yang berikut:
1. Pada skrin utama, leret ke bawah dari bahagian atas skrin.
2. Ketik
Tetapan > Akaun.
3. Ketik
.
Panduan Pengguna
Aplikasi dan ciri
242
4. Ketik Kosongkan Kalendar Setempat.
AWAS: Mengosongkan data setempat anda akan memadamkan secara kekal sebarang entri kalendar yang anda simpan
secara setempat di peranti anda.